ASSALAMUALAIKUM ....anak-anak didikku...

Salam Aidil Fitri kepada semua yang melayari laman ini...Semoga kehadiran Sywal memberi seribu pengertian dan menyemarakkan lagi jiwa agar terus bangun dan hidup demi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat...

Selasa, 23 September 2008

Lambaian Kaabah

1. Definisi Haji

2. Upah Haji

3. Syarat-syarat-syarat wajib Haji

4. Rukun Haji

5. Hukmat Haji

Selasa, 16 September 2008

Latih tubi LAMBAIAN KAABAH SIRI 1


1. Upah haji sah di sisi syarak apabila

I tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji
II mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
III orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
IV orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali

A Sakit yang tiada harapan sembuh
B Sibuk dengan kerjaya
C Meninggal dunia
D Terlalu tua

3 Kesan ibadat haji terhadap individu ialah

A boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam
B dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
D dapat menjalankan urusan perniagaan

4 Kesan ibadat haji terhadap masyarakat ialah dapat

A berkenalan sesama umat Islam
B menghapuskan dosa besar
C membentuk akhlak mulia
D menambah pendapatan

ISI TEMPAT KOSONG

1 ______________ bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

2 Hukum upah haji adalah ________________.
3 Tiada keupayaan fizikal__________Upah Haji

BAHAGIAN B

1 Apakah pengertian haji ? [2 markah]

2. Nyatakan pengertian umrah. [2 markah]

3 Jelaskan dua hikmah diharuskan upah haji. [4 markah]

4 Jelaskan dua hikmah mengerjakan haji terhadap masyarakat. [4 markah]


UNIT 2 : CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)

1 Berikut adalah syarat wajib haji kecuali

A Islam
B baligh
C berakal
D mumaiyyiz
2 Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?
A Sihat tubuh badan
B Aman perjalanan pergi dan balik
C Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup
D Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan

3 Amalan ini merupakan suatu kemestian dalam ibadat haji. Tidak sah haji sekiranya
tertinggal salah satu daripadanya Wajib diganti pada tahun berikutnya.
Kenyataan di atas menerangkan

A makruh haji
B rukun haji
C wajib haji
D sunat haji

4 Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?

I Boleh dilakukan dengan cara mendongak kepala
II Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin
III Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
IV Dilakukan sebelum Tawaf Rukun atau Tawaf Ifadhah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai

A mengerjakan saie
B melakukan ihram
C tawaf
D melontar Jamratul Aqabah.

6 Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah

A niat
B tawaf
C wukuf
D bercukur


ISI TEMPAT KOSONG

1 Lengkapkan carta di bawah :

Syarat wajib haji dan umrah

Islam
(a) _____
(b) _____
Merdeka
(c )_____

2 Lengkapkan carta di bawah :
Rukun Haji
Niat ihram
(a)____________
Tawaf
Sai’e
(b)____________
( c )___________

3. Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10
Zulhijjah. Ibadat tersebut ialah ____________ .
4. Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullah sebanyak ________ kali dengan syarat-syarat
tertentu untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

5. Lengkapkan carta di bawah berkaitan dengan tawaf:

Jenis-jenis tawaf
Tawaf Ifadhah / Rukun
Tawaf (c)___________
Tawaf (a)___________
Tawaf (b)___________

6 Ibadat __________ mengingatkan kembali sejarah Siti Hajar mencari air untuk
puteranya Ismail.

7 Lengkapkan carta di bawah :
Rukun Umrah
Niat ihram
(a) ________________
(b) ________________
Bercukur
( c )________________

8 Rukun haji yang menjadi simbol membersihkan diri daripada sifat tercela yang terdapat
pada diri seseorang ialah _____________ .

BAHAGIAN B

1 Nyatakan empat syarat wajib haji [4 markah]
2 Huraikan maksud berkemampuan (istita’ah) dalam ibadat haji. [6 markah]

3 Pada 9 Zulhijjah setiap tahun, jemaah haji wajib menghadirkan diri di padang Arafah untuk
menunaikan salah satu rukun haji.

Nyatakan rukun haji tersebut? [2 markah]

4 Nyatakan pengertian tawaf? [2 markah]

5 Jelaskan dua hikmah wukuf di padang Arafah. [4 markah]

Ahad, 7 September 2008

Haji dan Umrah

Definisi Haji
......................................

Definisi Umrah